memang x disangka tahun 2009 bermula dengan sesuatu yang amat bermakna sekali.13-15 januari 2009 uitm telah menganjurkan pertandingan IID (invention, innovation and design).setelah dipaksa oleh supervisor, buat pertama kali, kami bertiga(aku, hafiz dan supervisor) pun join pertandingan ni untuk suka-suka dan untuk timba pengalaman.pada mulanya, aku hanya faham yang pertandingan ini menjurus kepada poster yang cantik, kreatif dan terbaik. tapi bila tiba hari pertandingan (14hb), aku lihat semua booth(kami disediakan booth) di sekeliling aku dihias cantik. aku dah mula panik. rasa malu pun ada sebab booth aku dan supervisor hanya ditampal poster tanpa sebarang hiasan.nasib baik juga aku terfikir nak bawa material yang aku guna untuk research aku.sekurang-kurangnya xla kosong meja aku.booth depan aku dok pandang-pandang.maklumla booth kosong xde hiasan. supervisor aku cakap xpe. ni pengalaman pertama kita.lepas ni kita dah tau ape yang patut dibuat.
time penghakiman, aku dah stat rasa cuak. maklumla first time join competition ni. hakim pertama datang.aku dengan rasa bangga dan confident terangkan tentang research aku. bila die tanya aku 1 soalan, aku dah mula tergagap-gagap.cuak seh....nasib baik supervisor aku datang dan tolong ape yang patut.stat dari situ, aku mula belajar sesuatu, belajar macamana nak atasi rasa cuak dan jawab dengan tenang dan confident.(walaupun sebenarnya supervisor aku tu goreng je hehehe).selepas tu, ramai hakim2 yang berminat dengan kerja aku dan supervisor sehinggakan aku dan supervisor diberi borang untuk komersialkan research yang aku buat. hakim2 semua cakap product aku ada potensi untuk dikomersial dan dapat buat duit.aku dah excited. ingatkan research yang aku buat xde potential..
bila tiba penyampaian hadiah(hi-tea pd 15hb), aku xpegi sebab balik umah awal.penat.tiba-tiba petang 2, supervisor aku call bagitau booth aku menang silver medal kategori pelajar(invention). hafiz pun menang silver medal (innovation). memang x disangka langsung percubaan pertama membuahkan hasil.walaupun xmenang diamond,tapi penat lelah aku sekurang-kurangnya berbaloi.langsung x sangka boleh menang dengan persiapan ala kadar je...
walau apa pun, a million thanx to supervisor, dr. famiza sebab bagi aku chance untuk timba pengalaman dan semua pertolongan and also her support....
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)