wa dah lama x buka blog...bukan malas tapi xsempat..bulan lepas memang betul2 sibuk..ni pun baru je habis tanda lab report student aku. yela diorang pun dah nak exam minggu depan. nanti nak tau carry mark diorang.baik tanda cepat2.ni minggu ni. bulan lepas aje, banyak benda yang nak kena selesaikan, nak kena buat..perkara pertama yang perlu disiapkan adalah draf pertama thesis.sepatutnya setiap bulan bermula bulan Jan setiap chapter perlu dihantar kepada supervisor. tapi disebabkan xsiap, tertunda sampai ke bulan Mac.so hujung bulan Mac baru2 nie, terpaksa la hantar 3 chapter sekaligus. betapa susahnya buat thesis Tuhan saje yang tau. yela dah lama x menulis, otak pun dah nak berkarat dah. susah betul idea nak datang. tambah pula, dalam masa yang sama aku dan hafiz ditugaskan untuk organize pertandingan boling antara pelajar postgraduate ngan supervisor.mula2 pertandingan ni diadakan pada bulan Jan tapi terpaksa delay ke Feb atas sebab2 tertentu. pada mulanya, target adalah 100 peserta. tapi oleh kerana sambutan agak hambar, kami terpaksa kurangkan kepada 60 peserta saje. untuk dapatkan 60 peserta pun, kami terpaksa delay lagi pertandingan ni ke 28hb Mac. xtau la kenapa susah sangat untuk dapatkan kerjasama dari semua pihak. mungkin juga kerana masing2 tidak berminat atau sibuk.sama juga dengan ajk persatuan postgraduate. semua menghilangkan diri. cuma dua tiga orang saje yang tolong kami. kami dah nekad untuk adakan juga pertandingan ni pada akhir Mac. so, setiap minggu kami turun naik office, mintak surat kelulusan, booking tempat untuk boling, tempah makanan, beli hadiah dan sebagainya. bayangkan semua kerja kami berdua je yang buat. nasib baik junior kami tolong kami carikan hadiah dan tolong packing hamper. thanks ya. dan pada 28hb Mac, pertandingan boling berjalan dengan lancar. kami rasa sangat lega dan berpuas hati dengan acara yang kami anjurkan. walaupun hanya berdua, tapi kami berjaya juga akhirnya. bila diingatkan balik, rasa seronok pun ada.tapi apa pun yang penting, aku dah dapat satu pengalaman baru, macamana nak organize sesuatu acara. bila difikir2, terasa nak buat dinner pulak tapi bila difikir dua tigakali, biarla dulu. kalau x sampai bila2 pun thesis aku x siap huhuhu tapi apa pun aku happy dapat belajar benda baru. harap lepas ni xdelah aku terkial2 bila ada orang mintak uruskan sesuatu....
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)